Kek coklat

photo from mr google

bahan2

A
bahan yg di ayak bersama

2 cawan gula (akak guna gula castor je)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan serbuk koko (kalau guna serbuk koko van hountan, akak akan gantikan dengan tepung gandum sebanyak 3 sudu.. maknanya dari 1 cawan tadi tu buangkan le 3 sudu tu.. faham kan?.. ;).. sebabnya van hountan ni  pahit skek)

B
3 biji telur
1 tudung esen vanila
1 sudu kecil garam
1 cawan susu cair
1 cawan minyak canola/minyak masak pilihan masing2
1 cawan air panas

Kacau telur hingga kembang kemudian satukan kesemua bahan2 B iaitu  susu cair, minyak, air panas, esen vanila, dan garam dalam mangkuk. Pukul dengan kelajuan tinggi  hingga sebati.
Perlahankan speed, tuangkan bahan2 ayak tadi dan  pukul lagi hingga ringan dan sebati lagi. Bahan adunan ni memang cair.. ;)
ok sekarang boleh le kukus 40-50 minit, nak bakar pun boleh jugak dengan suhu 180 selama 45-50 mnt.


topping:
 1 bar coklat jenama giant di cairkan bersama 1 sudu buttle dan 3.4 sudu susu cair.


Comments