Makaroni bakar ala pizza

Assalamualaikum wbrkt

Pagi tadi akak buat lagi makaroni bakar tapi topping tu ala2 pizza gitu.. hehe.. tapi kecewanya.. gambar lepas masak lupa nak snap.. cepat sangat anak2 dok ngap.. okay kat bawah resepinya.





Makaroni yg telah di rebus
cheese
fresh milk
margerin
gandum
lada sulah
daging ayam hancur
2 btg sosej
1 botol sos kimbal spagethi
hirisan cendawan butan
cream cheese


Cara membuat intinya
keringkan daging dalam kuali tanpa minyak. nampak dah kering air tu baru masukkan sedikit olive oil/apa2 minyak yg rakan ingin guna. tuangkan 1 botol sos spageti cap kimbal, hirisan cendawan dan sosej.. kacau dan biarkan hingga kering. masukkan garam atau apa2 perasa yg ingin rakan tambahkan sekiranya rasanya kurenggg bagi anda. ;).. bila dah kering dan pekat ketepikan.. jom kita buat white sauce nya plak.

masukkan 4 sudu margerin dalam periuk dengan api yg perlahan .. kacau kejap hingga sebati  baru le masukkan fresh milk dalam 2 cup.. masukkan lada sulah + secubit garam. kacau hingga sederhana pekat.

sapukan margerin lam casserole anda.. first layer tu ratakan makaroni....cream cheese, white sauce, inti daging, cheese, kepingan sosej, hirisan lada benggala (sekiranya anda suka.. dlm gambar atas tak letak pasal takde stok.. hehe)

okay sekarang bakar dlm oven suhu 210 selama 20 minit.

sukatan white sauce kat atas tu byk ...blh dapat 2 casserole. kalau nak buat sikit jer kurangkan sukatan dr yg di berikan tu ya..

Comments