muffin kurma

Assalamualaikum



bahan seperti di atas teksturnya lembap2, tapi akak ubahkan nak bagi kering sedikit dengan tukarkan sukatan minyak masak sebanyak 150 ml (bukan 150 gm), manakala susu segar pula 150 ml (bukan 150 gm).  kalau takde susu segar boleh jer guna susu tepung anak, sepeti anak akak minum susu anmum so mama tibai jer kalau takde frsh milk ;)





adunan di atas juga diubah sedikit.. kira derhaka resipi asal le ni.. hehe
Bahan2nya:
  1. 250 gm tepung naik sendiri (superfine.superwhite flour BlueKey)
  2. 15 gm baking powder
  3. 150 ml minyak masak canola atau apa2 jenis minyak pun boleh (yg asal dlm bentuk gm, tapi akak guna ml )
  4. 150 ml susu segar (kalau takde boleh guna susu tepung anak di bancuhkan sehingga dapat 150 ml)
  5. 150 gm gula kastor
  6.  2 biji telur ayam
  7. gantikan kismis kalau takde kurma/  suka hati nak bubuh apa pun boleh mengikut kesukaan masing2 

Bahan A
Tepung & Baking powder di ayak dalam satu bekas

Masukkan gula kastor dan telur dalam bekas dan di kacau rata dengan menggunakan mixer.  Selepas itu masukkan minyak masak dan susu dan digaul lagi sehingga sebati.

Tuangkan bahan A dan di gaul lagi sehingga rata dan sebati.  masukkan kismis dan apa2 jenis buahan kering ke dalam adunan tadi dan kacau. tuangkan ke dalam paper cup seperti di dalam gambar di atas.


selamat mencuba ;)

Comments