Lasagnia kegemaran seisi keluarga

Resepi Lasagnia

Assalamualaikum wbrkt




 

Apa khabar semua pembaca mama, aduhai.. lamenye tak update blog.. uhukk22.. sedey, ni le dok asyik menumpukan dengan kewujudan mamaLUV.Villa... sampai tak sempat tangan nak update, apa lagi dgn line intenet kat sini memang di luar kesabaran. mama punya modem plak meletup xtau kenapa, so byk bergantung pada wireles dalam quartes ni. Hari ni kira hari yang menyeronokkan.. yeaaa... mmg seronok! hubby dah belikan modem baru... so takde lagi intnt problem pah ni.. InsyaAllah.  ok cakap panjang plak.. jom kita layangi gambar dan cara2 nak membuatnya pula...






Ini Adalah di antara bahan yg di gunakan tetapi sos kimbal spagheti yg mama guna hari tu terlupa nak snap.



Bahannya: Pasta lasagnia
apa2 margerin pon boleh, tapi mama guna Vitalite
cheese
1 bungkus daging hancur
1 botol sos spaghetti Kimball
fresh milk atau apa2 jenis susu pun boleh (nak guna susu tepung anak pun boleh)
1 biji buah tomato di potong dadu kecil
bawang besar di potong kecil dadu
2 btg sausege


step 1
Rebus pasta  hingga lembut.. campurkan sedikit olive oil ( atau apa2 minyak le pun boleh) kedalam rebusan pasta tadi  supaya pasta tu tak melekat di antara satu sama lain.. ;)

step 2
Sementara menunggu pasta lembut sediakan inti atas  dapur sebelah.  masukkan daging hancur ke dalam kuali tanpa minyak, keringkan airnya.. kemudian barulah masukkan olive oil sedikit dan kacau kejap.  Tuangkan satu botol sos spaghetti kimbal, di susuli dengan hirisan buah tomato, hirisan sausage dan cendawan kesukaan, apa2 nak letak pun boleh sebenarnya.. nak taruk udang cincang pun sedap juga.  masukkan sedikit gula dan garam. bila dah pekat matikan api. ketepikan

step 3
Utk white sauce
masukkan  4 sudu margerin, cairkan kejap tak perlu lama2 sgt, kemudian masukkan pula 4 sudu tepung gandum, kacau2 biar rata.. kalau masih berketul takpe.. jangan risau.  Tuangkan pula fresh milk, serbuk lada sulah dan garam.. perlahankan api sambil di kacau hingga pekat dan rata.  Jangan terlalu pekat sangat ya.. ;) (Kdg2 bila time cheese banyak stok,   dalam  white sauce tu kan... mama masukkan sedikit cheese tau..lagi yummi... hehe boleh le anda cuba)

Okay.. sekarang sapukan caserole dgn margerin, masukkan first layer tu dengan kepingan pasta lasagnia tadi, ratakan inti daging (nipiskan sahaja.. jangan byk atau tebal, nanti tak cukup inti kalau nak di padankan dengan beberapa keping balance pasta yang masih lagi ada tadi), kemudian ratakan pula white sos dan bhg atasnya pula tabur dengan cheese. tutup kembali dengan kepingan pasta .. buat ulangan yg sama hingga kehabisan inti daging.  

Last layer atas pasta tuangkan lebihan white sos dan tabur dengan cheese, mama suka tabur dengan banyak sekali sebab memang suka kalau lagi berlemak dengan cheese.. hehe

Kemudian bakar le dengan susu 190 degree selama 20 minit atau hingga keperangan kat bhg atas.

Okay selamat mencuba resepi dari mama yg tak seberapa ini.
Terima kasih

p/s:  alamak..dah hampir kul 12, nak kena berkejar masak plak.. anak2 dah nak balik sekolah ni.. ok kena publish cepat2.. than cek blk lepas ni mana tau tersilap ejaan ke atau apa ke.. sorry ya.






Comments