Nasi Minyak Terengganu kegemaran ramai

Nasi minyak Terengganu

Alhamdulliah.. hampir 1 jam kt dapur akhirnya siap sudah nasi minyak terjun trg... simple & yummi.. sedap! sesiapa nak cuba nasi minyak trg.. cubalah buat sekali, baru bleh tau camne rupa nasi minyak trg sedap ke tidak.. hehe...

nasi:
  • Beras basmati (style akak buat kalau beras 3 gelas bubuh le air 5 gelas yg sama sukatan beras tadi)
  • tomato sos 3 sudu
  • 1/2 sudu serbuk jintan putih
  • rempah ratus 4 beradik (buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
  • hirisan bawang besar, 1 keping halia
  • daun pandan
  • garam dan gula
  • kalau nak bubuh susu cair pun boleh gak.. tp akak tak suka sgt .. sebab lauk pun guna susu cair jugak, nanti rasa muak kalau dua2 taruk susu cair tu.
  • garam, gula sikit
cara
masukkan beras dan air, masak atas rice cooker sama spt tanak nasi cam biasa. sementara tu atas dapur gas berasingan....masukkan marjerin + minyak sikit utk tumis semua bahan tumis.(hirisan bawang besar, halia, rempah 4 beradik)... kacau biar kekuningan.  than baru le masukkan  serbuk jintan putih dan tomato sos, garam dan gula... kacau sekejap barulah di tuangkan ke dalam periuk nasi tadi dan kacau biar rempah tumis tadi rata dengan beras.  Masukkan daun pandan dan biarkan masak dlm ricecooker tadi.

Apb nasi dah kering taburkan 1 sudu pewarna kuning .  tutp sekejap.  5 minit kemudian barula nasi tadi di kacau rata.

Lauknya:
  • Bawang goreng lebih 2 senduk, kalau malas nk buat bawang goreng blh beli kat kedai yg dah siap dlm bungkusan
  • susu cair 3 sudu
  • cili sos 3 sudu
  • tomato sos  3 sudu
  • serbuk kari alaqappa/babbas 3 sudu
  • serbuk cili 1 sudu bergantung kepedasan yg anda suka
  • bawang blander 4 sudu (bawang besar + bawang putih)
  • ayam 1 ekor
Gaulkan kesemuanya dalam satu bekas

Semua bahan di atas di gaul sekali dalam 1 bekas. Panaskan minyak atas dapur, tuangkan aduanan semua bahan td.... kacau sekejap.. than masukkan ayam, garam, gula dann ajinomoto  (seeloknya bagi rasa manis sikit kuahnya kerana lbh sesuai dgn resepi nasi minyak trg  :)  ).. sederhanakan api... kacau bagi ayam rata dengan rempah2 dan biarkan seketika.  Apabila seperti dah pecah minyak dan pekat baru masukkan sedikit air bergantung kepekatan yg anda suka

Bolehlah dihidang panas bersama nasi atau roti nan/roti canai pun sedap!

Selamat mencuba ya

Comments