Friday, November 11, 2011

Trifle buah kek coklat

Resepi Trifle buah

Jam 3.30  ptg dok kemas2 nak balik Kampung hubby, Besut malam ni lepas Shafik blk tuition jm 9.30 mlm. MAma tak suka sgt jalan malam2 ni benarnya...sebab risau hubby kite mengantuk time drive nanti, yelaa.. perjalanan jauh... 4 jam nak sampai.. kalau banyak kali berhenti maunya hampir 5 jam... agaknya malam ni sampai le kul 2 pagi kot. mama pun tak berani nak tidur kalau sepanjang lam kereta tu dok teman perhatikan jalan jer dan borak2 kosong.. time hubby tak sedar bawak laju2 blh tegur.. sebagai peneman!.. hubby cakap kalau risau abangg bawak.. yank le yg bawah, elehh mentang2 tau mama takut drive mlm2 nak kasi plak, kalau siang hari jgn harap nk tukar2 drive.. alasannya seram  kalau mama drive.. sampai dari rasa mengantuk nk tidur giler2 pun jadi terang balik matanya! ehmmmm... :(..  ok hari ni mama nak berikan resepi triffle buah mama yg mama baru buat tadi.. ada sikit kek coklat.. dok pikir aku nk buat apa dgn kek ni.. intai lam almari terpikir buat triffle le boleh bawak blk kpg malam ni.. ok jom layangggg....



 Ini bahan2nya
1 tin besar buah
kek coklat
1 tin susu cair
konkyaku jelly serbuk gunakan separuh dari 250g

Sos kastad =   caranya.. gaulkan 2 sudu tepung kastad dalam 1 gelas air masak.. kacau rata dan tuangkan ke dalam periuk yang berisi susu cair dan air buah tin.  api perlahankan.. kacau hingga mengikut kepekatan yang anda suka... biarkan seketika di luar sebelum disejukkan ke dalam peti ais.


Susunkan coklat kek.. ini first time guna kek coklat, biasa mama suka guna buttle cake atau strawberry swiss roll.. susun cantik2.. tapi yang ni simple jer, mengikut apa yg ada dalam stok dapur mama jer... Tapi mama cadangkan guna jer buttle kek atau swiss roll lagi best rasanya, sebab mama ni tak le suka sangat coklat cake ni... heheh

Tuangkan buah2an campur ke atas susunan kek coklat tadi


Tuangkan Jelly ke atas buah pula.. sejukkan ke dalam peti ais.

Jelly untuk layer atas :
Untuk Jelly mama guna 125g jer, sebungkus serbuk jelly tu 250g.. kira separuh le.... buah dalam tin pun guna separuh jugak... nanti kalau tuang kesemua satu tin besar tu terlalu padat sangat dengan buah.. tak sedap juga..  Sejukkan trifle dan sos tadi ke dalam peti ais.

Selamat Mencuba...
Print this post

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...