pizza campak2



Bahan2:
200ml water
1 tbsp olive oil
1 tsp salt
2 1/2 cups bread flour
1 3/4 tsp yeast
Masuk dalam BM ikut urutan..setting:pizza dough.

sementara menunggu bm kita menguli....  peraskan sedikit lagi tenaga yg masih segar  untuk sediakan intinya:


daging hancur,
sos spageti kimball
2 ulas bawng putih cincang halus
bawang besar 1/2 biji di hiris nipis
1 kiub ayam knor
sdkt olive oil

tumis bawang2 tadi, bila dah garing tuangkan sos spageti. kacau kemudian masukkan daging. gula 1 sudu. kiub ayam knor, cajun, cayenne, rosemary.  (cajun cayene & rosemary ni serba sdkt jer tau..  lebih2 lg rosemary.. nanti jadi pahit plak). 



sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
jejari ketam,
cendawan

* Untuk Toping* - mix cheese, cajun & cayene. nak kasi ada aroma baunya dan pedas2 sikit.

Cara buat dough tanpa guna bread maker:

caranya juga sama spt resepi asal jintanmanis.blog cuma ada sedikit di ubah suai mama ikut selera tekak masing2.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato... ratakan ke seluruh doh, sapu ratakan inti daging, cheese yg banyak, sosej, jejari ketam, cendawan, lada benggala sekiranya ada, buah tomato yg dihiris nipis,  toppingkan lagi  dengan mozarela cheese  dan dry pasly.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.

sebelum di bakar



Selepas di bakar



note:  sukatan di atas tu setakat 6 org mkn, boleh le 2 kpg sorang ....kalau anak mama le, tp kalau yg kaki pizza rasanya tak cukup.. so kalau nak buat byk tu double jer bhn2 nya deh... ;)

p/s:  selain bentuk di atas, akak juga mengubah2 pelbagai lagi bentuk spt di bawah .....

yg utk rolls pizza tu.. lepas di potong seeloknya jangan di bakar terus, biarkan ia naik lagi hingga 30 mnt. lagi lama tunggu nanti lagi naik dan besar jadinya.  utk kulit  pizza, cucukkan dulu bhg yg nak topping nanti tu dengan garfu.. bhg tepi takyah le ;)... pastu biarkan dulu setengah jam barulah di bubuhkan segala toppingnya. 

Selamat mencuba

Comments