Pizza wheels


Assalamualaikum

Hari ni buat  lagi pizza wheels .  tapi bukan di rumah Kemaman, sebaliknya di homestay mama..  Kalau ikutkan hati ni yg baru balik dr KL bwk anak2 ke Sunway pyramid sehari suntuk.. tak larat sangat dah badan ni ke sana sini.  pikir2 jiran2 mama takde.. semua balik kpg... suasana pun sunyi jer so nak taknak ikut jer hubby drop ke Padang Nenas pasal naik flight pun di K.Trg (pergi Jakarta).  Bread maker mama yg masih lagi fresh ni pun di angkut sekali.. kha22.. lawok2. penuh bonet kereta dengan kayu golf hubby lagi yg besau gedebak. sabar jer laaa..

ok jom layang kat bawah pula.....



resepi asal : jintanmanis.com

Untuk Doh
250gram tepung roti (2 1/2 cup)
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti dengan butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
Masuk dalam BM ikut urutan..setting:pizza dough.


Untuk filling:
tuna dalam tin,
sosej perisa lada hitam yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit taburan oregano@ dry pasley, cajun, cayenne, parsley

topping: sos spageti,  mix cheese

 utk filling : cajun, cayenne, parsley



Cara nak buatnya pula mama cedok terus dari jintanmanis blog pasal malas nak type, sebab ikut pun sebijik jer.  Tapi jangan terkejut.. rupanya berlainan banyak sekali dr yg asal.. hihi.. 'pelajar' degil ketega' ni.. memang tak dengar kata cikgu. walaucamne pun rasanya memang sedap dan gebusss!

Cara:

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4.Terap Doh memanjang di atas papan canai, panjangnya lebih kurang 25cm dan ketebalan 2cm, sapukan permukaan doh dengan 2 sudu besar sos tamoto@cili dan taburkan, oregano@ dry pasley, sosej, mix vegetable dan mix cheese. ratakan ke seluruh doh.

5. Gulung doh sehingga kemas dan potong doh pada 6 atau 8 bahagian, atur di atas dulang pembakar. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, toppingkan sekali lagi pizza wheels dengan mix cheese dan paipkan dengan sos cili.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza wheels perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup,, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.

Terima kasih untuk jintan manis .. ilmu memasak yg di kongsi ni memang memanfaatkan untuk kami seisi keluarga.

Comments