Tuesday, January 24, 2012

Siakap kukus ala Thai



2 ekor ikan siakap sederhana kecil(dibersihkan)
3 batang serai (diketuk)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1 biji limau nipis (ambil jusnya
2-3 biji cili padi (diketuk)
hirisan carot
1 biji tomato (dihiris dadu)
sedikit garam dan gula 2 sudu
3 sudu makan sos ikan
 air di campurkan dgn sedikit tepung jagung
 daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar


Cara-cara
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram, tepung jagung dan gula. Bancuhkan.
3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato,  serta air bancuhan tadi. Kukus lagi 5 minit.
4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam atau sos ikan. Kukus lagi selama 2-3 minit.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

resepi ni mama derhaka skek dari resepi asal di potret kasih.  Terima kasih Pn Wana Yusof.. ur recipi mmg cukup2 best!!, hubby ngan anak2 bertambah berkali2 jugak le tadi makan nasi.... rasanya pun masam2 pedas dan manis. .. nanti kena buat lagi time si sulong mama balik dr asrama ;), sure sekelip mata jer habis di ratahnya ni.

gambar asal dr Pn Wana Yusof

p/s: tgk gambar Pn Wana ni pun dah tertarik, tp gambar mamaLUV pulak uhukk tak menarik langsung.. uhukk22.. grrrr...  ehmm.. takpe le.. tetap puas hati gak  sbb rasanya pun sedap & mengancam!
Print this post

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...