Wednesday, December 21, 2011

pizza campak2



Bahan2:
200ml water
1 tbsp olive oil
1 tsp salt
2 1/2 cups bread flour
1 3/4 tsp yeast
Masuk dalam BM ikut urutan..setting:pizza dough.

sementara menunggu bm kita menguli....  peraskan sedikit lagi tenaga yg masih segar  untuk sediakan intinya:


daging hancur,
sos spageti kimball
2 ulas bawng putih cincang halus
bawang besar 1/2 biji di hiris nipis
1 kiub ayam knor
sdkt olive oil

tumis bawang2 tadi, bila dah garing tuangkan sos spageti. kacau kemudian masukkan daging. gula 1 sudu. kiub ayam knor, cajun, cayenne, rosemary.  (cajun cayene & rosemary ni serba sdkt jer tau..  lebih2 lg rosemary.. nanti jadi pahit plak). 



sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
jejari ketam,
cendawan

* Untuk Toping* - mix cheese, cajun & cayene. nak kasi ada aroma baunya dan pedas2 sikit.

Cara buat dough tanpa guna bread maker:

caranya juga sama spt resepi asal jintanmanis.blog cuma ada sedikit di ubah suai mama ikut selera tekak masing2.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato... ratakan ke seluruh doh, sapu ratakan inti daging, cheese yg banyak, sosej, jejari ketam, cendawan, lada benggala sekiranya ada, buah tomato yg dihiris nipis,  toppingkan lagi  dengan mozarela cheese  dan dry pasly.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.

sebelum di bakar



Selepas di bakar



note:  sukatan di atas tu setakat 6 org mkn, boleh le 2 kpg sorang ....kalau anak mama le, tp kalau yg kaki pizza rasanya tak cukup.. so kalau nak buat byk tu double jer bhn2 nya deh... ;)

p/s:  selain bentuk di atas, akak juga mengubah2 pelbagai lagi bentuk spt di bawah .....

yg utk rolls pizza tu.. lepas di potong seeloknya jangan di bakar terus, biarkan ia naik lagi hingga 30 mnt. lagi lama tunggu nanti lagi naik dan besar jadinya.  utk kulit  pizza, cucukkan dulu bhg yg nak topping nanti tu dengan garfu.. bhg tepi takyah le ;)... pastu biarkan dulu setengah jam barulah di bubuhkan segala toppingnya. 

Selamat mencuba

Pizza wheels


Assalamualaikum

Hari ni buat  lagi pizza wheels .  tapi bukan di rumah Kemaman, sebaliknya di homestay mama..  Kalau ikutkan hati ni yg baru balik dr KL bwk anak2 ke Sunway pyramid sehari suntuk.. tak larat sangat dah badan ni ke sana sini.  pikir2 jiran2 mama takde.. semua balik kpg... suasana pun sunyi jer so nak taknak ikut jer hubby drop ke Padang Nenas pasal naik flight pun di K.Trg (pergi Jakarta).  Bread maker mama yg masih lagi fresh ni pun di angkut sekali.. kha22.. lawok2. penuh bonet kereta dengan kayu golf hubby lagi yg besau gedebak. sabar jer laaa..

ok jom layang kat bawah pula.....



resepi asal : jintanmanis.com

Untuk Doh
250gram tepung roti (2 1/2 cup)
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti dengan butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
Masuk dalam BM ikut urutan..setting:pizza dough.


Untuk filling:
tuna dalam tin,
sosej perisa lada hitam yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit taburan oregano@ dry pasley, cajun, cayenne, parsley

topping: sos spageti,  mix cheese

 utk filling : cajun, cayenne, parsley



Cara nak buatnya pula mama cedok terus dari jintanmanis blog pasal malas nak type, sebab ikut pun sebijik jer.  Tapi jangan terkejut.. rupanya berlainan banyak sekali dr yg asal.. hihi.. 'pelajar' degil ketega' ni.. memang tak dengar kata cikgu. walaucamne pun rasanya memang sedap dan gebusss!

Cara:

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4.Terap Doh memanjang di atas papan canai, panjangnya lebih kurang 25cm dan ketebalan 2cm, sapukan permukaan doh dengan 2 sudu besar sos tamoto@cili dan taburkan, oregano@ dry pasley, sosej, mix vegetable dan mix cheese. ratakan ke seluruh doh.

5. Gulung doh sehingga kemas dan potong doh pada 6 atau 8 bahagian, atur di atas dulang pembakar. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, toppingkan sekali lagi pizza wheels dengan mix cheese dan paipkan dengan sos cili.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza wheels perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup,, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.

Terima kasih untuk jintan manis .. ilmu memasak yg di kongsi ni memang memanfaatkan untuk kami seisi keluarga.

Tuesday, December 20, 2011

pizza & scrolls pizza

Assalamualaikum..


Hari ni mama nak test power bm (bread maker) baru!. hihi.. dah jatuh cinta betul le ngan bm ni.. semua resepi rasa nak cuba!.  Okay oleh kerana nak test kehebatannya apa kata kita layang gambar lu deh... jeng jengg jenggggg.....
|
|
|


akak juga mendekorasikan pelbagai bentuk pizza akak jadi spt kat bawah ni... main2 suke dan jugak byk belek2 blog kekawan..







Tadi  Hubby dah awal2 cakap lepas ni kita dah tak payah beli pizza dah...  wowww!.. bahaya abah ni!   anak2 pulak dah memang excited ... dok bising heboh2kan kat kawannya mama ngah masak pizza!.. Syaidi si sulong mama dah siap cakap pasni kita tak payah pergi pizza hut dah!.. kha222..  Alhamdulillah rasa pun memang sedap bangat... dan rezeki budak2 jiran sebelah rumah dok lepak main game kat rumah   pun boleh le merasa gak!.  tq pada cik yah depan rumah (cousin) yang jadi tok guru  mengajar cara2 nak guna bm ni sebab dia lagi expert.... ;)

okay untuk resepinya boleh le cek kat sini deh.  lagipun  resepi ni byk yg diubahsuai laa... main tambah2 jer  bahan yg ada kat dapur  ;)

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...