Friday, November 11, 2011

Makaroni bakar ala pizza

Assalamualaikum wbrkt

Pagi tadi akak buat lagi makaroni bakar tapi topping tu ala2 pizza gitu.. hehe.. tapi kecewanya.. gambar lepas masak lupa nak snap.. cepat sangat anak2 dok ngap.. okay kat bawah resepinya.





Makaroni yg telah di rebus
cheese
fresh milk
margerin
gandum
lada sulah
daging ayam hancur
2 btg sosej
1 botol sos kimbal spagethi
hirisan cendawan butan
cream cheese


Cara membuat intinya
keringkan daging dalam kuali tanpa minyak. nampak dah kering air tu baru masukkan sedikit olive oil/apa2 minyak yg rakan ingin guna. tuangkan 1 botol sos spageti cap kimbal, hirisan cendawan dan sosej.. kacau dan biarkan hingga kering. masukkan garam atau apa2 perasa yg ingin rakan tambahkan sekiranya rasanya kurenggg bagi anda. ;).. bila dah kering dan pekat ketepikan.. jom kita buat white sauce nya plak.

masukkan 4 sudu margerin dalam periuk dengan api yg perlahan .. kacau kejap hingga sebati  baru le masukkan fresh milk dalam 2 cup.. masukkan lada sulah + secubit garam. kacau hingga sederhana pekat.

sapukan margerin lam casserole anda.. first layer tu ratakan makaroni....cream cheese, white sauce, inti daging, cheese, kepingan sosej, hirisan lada benggala (sekiranya anda suka.. dlm gambar atas tak letak pasal takde stok.. hehe)

okay sekarang bakar dlm oven suhu 210 selama 20 minit.

sukatan white sauce kat atas tu byk ...blh dapat 2 casserole. kalau nak buat sikit jer kurangkan sukatan dr yg di berikan tu ya..

Okonomiyaki

Resepi Okonomiyaki


Emmmm bestnya!!! Kalo makan pasti ada yang menjilat jari nih!! Ini adalah makanan yang terkenal di negera matahari terbit, JEPUN. Nak tahu namanya apa?? OKONOMIYAKI!! Bahan2 boleh dibeli di JUsco, Sogo atau supermarket yang seangkatan dengannya...

Bahan A
TELUR 6 BIJI
SEDIKIT TEPUNG JAGUNG
1 BTG SOSEG DIHIRIS DADU KECIL
ISI UDANG, TAKNAK BUBUH PUN TAKPE
1 GENGGAM MEE KUNING
KOBIS YG DIHIRIS NIPIS KECIL2 SEBYK 2 GENGGAM
DAUN BAWANG
1/2 BATANG CAROT
serbuk lada sulah
secubit garam
sedkt gula

Bahan B
SOS OKONOMIYAKI (ada di Jusco...Baca ingredient dulu kat belakang botol sblm beli ya...)
MAYONIS (Dalam botol pek kat JUSCO)
NORI (rumpai laut yang di potong halus..warna hijau...ada di JUSCO)
KASYUO (potongan halus ikan tongkol...ada di JUSCO)

kacau telur hingga hancur, kmd masukkan kesemua bhn A, apbila rasa dah sebati... tuangkan 2 senduk ke dlm kuali yg telah dipanaskan minyak 4 sudu, goreng seperti nak bentuk lempeng atau pancake. tudung sekejap bg cpt masak.
Apabila dh rasa hampir masak.. balikkan. caranya tuangkan dhl okonomiyaki td ke dlm pinggang, pastu cuba balikkan guna 2 pinggang spt main tepuuk tangan. kelebihan buat camni kalau adunan tu besar sgt blh mengurangkan pecah/hancur.

setelah masak, sapukan sos okonomiyaki spt sos atas pizza. kemudian taburkan nori biar rata (hijau halus spt dalam gambar).. jgn byk sgt tau. cantikkan pula dgn mayonis. Last sekali bhg atas tu taburkan kasyuo/kepingan kering ikan spt dlm gambar.


Selamat mencuba!!!

Nasi minyak ayam kampung

Nasi minyak Ayam Kampung


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar?.. sihat.. kelmarin cuti hari pekerja.. woww.. memang jem giler le atas jalan.. mak dari Temerloh dari jam 12 tengahari hingga 1.00 malam baru sampai rumah di K.Terengganu, hampir 13 jam tau... Ya Allah.. kesiannya kat mak aku, pagi ni call mak.. dok baring pasal sakit belakang yg teramat sangat. sedeyy plak mama dengar.  Oh ya gambar nasi minyak kat atas tu mama buat 2 hari yang lepas sebenarnya, pasal tak tau le nak tulis apa hari ni so dok gantung gambar ni jer laa ya.. hehe.  Lauknya  pula mama guna ayam kampung 1 ekor.. memang sekejapp jer habis di ratah anak-anak... memang yum222.. sedap!.... kalau nak resepinya boleh klik di sini...sebabnya mama dah pernah dah berikan resepi nasi minyak yang bulan yang lepas2 dulu..   cuma kat sini  di tukar guna ayam kampung jer, mama guna pressure cooker.. cepat siap masak dan ayam pun memang empuk giler2.

Pressure cooker ni memang tahan lama,  dah 5 tahun mama dok pakai.. beli di Japan.  memang berkualiti dan tahan lasak.

Okay pengunjung mamaLUV di sini,  kalau terasa nak makan nasi minyak org Terengganu boleh le cuba try esok2 atau hujung minggu ni... kalau mama masak masa sejam jer dah boleh makan tau.. simple jer.

Selamat mencuba

Hati goreng halia


Hati Ayam Halia

Perapkan hati dengan kunyit dan halia tumbuk serta bawang blander 2 sudu, serbuk ayam knor 1/2 sudu, gula dan garam.
tuangkan ke dalam kuali .. bagi kerig airnya, tp jangan terlalu kering.. kemudian baru masukkan minyak... kacau sekejap... masukkan apa2 sayur yg di minati, hirisan bawang besar dan cili padi atau cili merah besar. Ok siap.. boleh di ratah macam tu jer..

Sambal sotong / goreng merah sotong

Menu hari ini sambal sotong BaBaS


Hari ni tak tau nak masak apa, dok geledah lam peti nampak sotong dan hati ayam, ok jugak ni kalau masak sambal sotong dan hati goreng halia. Basma meemang cukup suka lauk ni. ok Bermulalah operasi memasak di dapur sambil di bantu oleh bibik dgn dok menjaga isya. laju skek boleh masak takde gangguan si kecil.

Resepi Sotong Sambal Merah BaBas

sotong besar
2 sudu serbuk cili BaBas
bawang blander = bawang putih = bawang merah
Cili sos 2 sudu

Tumiskan cili hingga bertukar warna kemerah2an
kemudian baru masukkan bawang blander, kacau hingga kering sedikit, pastu baru masukkan bawang. kacau2 dalam 3 miit barulah tuangkan sotong tadi. dan sedikit air dalam 4 sudu. Biarkan, bila hampir pekat masukkan cili sos dan bahan perasa.. kacau2 hingga masak...ok siap di hidangkan dengan nasi panas. Sedap hingga menjilat jari.

siri 2 - obentou / bekal anak sekolah

Siri 2 Resepi - Obentou / bekal Bakal Pengikat Kasih Sayang....

sambungan dari siri pertama






Menu bekal atau obento untuk anak ke sekolah

Resepi-Jom buat obentou-bekal utk anak ke sekolah

   
Assalamualaikum..
Hai rakan2 sekalian, dah fikir ke apa menu untuk bekal anak ke sekolah esok pagi?.. Mama lebih suka buat obentou jer utk anak2, ikut budaya org Japan suka bawak bentou.. tak kira budak2 ker org dewasa pun bawak obentou. memang best le diorg ni.  Sebenarnya amat bagus kalau kita ikut budaya ini. terjamin berkualiti dan bersih krn kita sbg ibunya sendiri yg buat.. sbb yg pastinya seorg ibu akan buat yg terbaik untuk anak dan familynya...

  



Sos Yong Tau Foo

SOs Yong Tau Foo

Ini bukan le dari resepi mama, tapi mama dah buat cuma tak sempat ambik gambar sebab terus ngap... so akak copy paste terus dan link kan tuan asal punya dari blog yg akak dapat di sini.. kawan2 boleh le jenguk di blognya sbb kat situ byk lagi dgn pelbagai jenis sos yong tau foo ada.. besttt!

Sos Manis (kuah warna hitam)
Bahan-bahan
200 g taucu hitam (dikisar)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat (saya guna kicap pekat manis cap kipas udang)
1 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
gula secukup rasa (saya guna 1 senduk nasi gula putih & 2 ketul gula melaka)

Cara-cara Membuatnya1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap.
2. Masukkan air, kacau seketika & bairkan mendidih
3. Masukkan kicap & kacau lagi.
4. Masukkan gula & pekatkan sos dgn campuran tepung jagung tadi

tkasih utk fromthekitchentohisstomach.blogspot.com

Yogurt buah + ice cream

 HaRi ni Masak MaSakAn Italian & Jepan 

 


Hari ni takde idea nak menulis, maklum le cuti.. sibuk dengan anak2 kat rumah...sorang nak makan spageti, abah plak nak makan sup jepun lala, mama plak rasa nak makan puyuh goreng berempah... tong teng22 kat dapur dengan di bantu bibik tolong cuci pinggan mangkuk maka siap la bolognes spageti, lasagnia, miso soup lala & abah pula tukang buat yogurt buah, Alhamdulillah puas hati semua menu kesukaan dah siap utk di makan... yum2222..


Bahan YoGuRT Buah:


Yogurt origional Nestle
Ais Cream VaniLLA
Buah strawbery, anggur, apple/atau semua buah tempatan yg ada kat dapur tu di potong kecil. (seperti pisang, jambu air, jambu batu, rambutan, buah naga dll lg)

Caranya:
Campurkan ais cream dgn yogurt tadi, nak tuang ais cream byk mana pun terserah kpd kawan2 nak manis++ atau tidak, kemudian boleh di gaul dengan kesemua hirisan kiub buah tadi/ditabur jer atas yogurt apbila nak dihidangkan.. kalau beri anak makan pasti tak cukup 1 mangkuk!. tak percaya boleh cuba :)

Kalau nak best lagi... bahagian bawah sekali dlm mangkuk tu susunkan beberapa keping kek coklat dan tuangkan adunan yogurt td dgn taburan kiub buah2an. ehmm sedapppp!

Nasi minyak Terengganu

Nasi minyak Terengganu

Alhamdulliah.. hampir 1 jam kt dapur akhirnya siap sudah nasi minyak terjun trg... simple & yummi.. sedap! sesiapa nak cuba nasi minyak trg.. cubalah buat sekali, baru bleh tau camne rupa nasi minyak trg sedap ke tidak.. hehe...

nasi:
  • Beras basmati (style akak buat kalau beras 3 gelas bubuh le air 5 gelas yg sama sukatan beras tadi)
  • tomato sos 3 sudu
  • 1/2 sudu serbuk jintan putih
  • rempah ratus 4 beradik (buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
  • hirisan bawang besar, 1 keping halia
  • daun pandan
  • garam dan gula
  • kalau nak bubuh susu cair pun boleh gak.. tp akak tak suka sgt .. sebab lauk pun guna susu cair jugak, nanti rasa muak kalau dua2 taruk susu cair tu.
  • garam, gula sikit
cara
masukkan beras dan air, masak atas rice cooker sama spt tanak nasi cam biasa. sementara tu atas dapur gas berasingan....masukkan marjerin + minyak sikit utk tumis semua bahan tumis.(hirisan bawang besar, halia, rempah 4 beradik)... kacau biar kekuningan.  than baru le masukkan  serbuk jintan putih dan tomato sos, garam dan gula... kacau sekejap barulah di tuangkan ke dalam periuk nasi tadi dan kacau biar rempah tumis tadi rata dengan beras.  Masukkan daun pandan dan biarkan masak dlm ricecooker tadi.

Apb nasi dah kering taburkan 1 sudu pewarna kuning .  tutp sekejap.  5 minit kemudian barula nasi tadi di kacau rata.

Lauknya:
  • Bawang goreng lebih 2 senduk, kalau malas nk buat bawang goreng blh beli kat kedai yg dah siap dlm bungkusan
  • susu cair 3 sudu
  • cili sos 3 sudu
  • tomato sos  3 sudu
  • serbuk kari alaqappa/babbas 3 sudu
  • serbuk cili 1 sudu bergantung kepedasan yg anda suka
  • bawang blander 4 sudu (bawang besar + bawang putih)
  • ayam 1 ekor
Gaulkan kesemuanya dalam satu bekas

Semua bahan di atas di gaul sekali dalam 1 bekas. Panaskan minyak atas dapur, tuangkan aduanan semua bahan td.... kacau sekejap.. than masukkan ayam, garam, gula dann ajinomoto  (seeloknya bagi rasa manis sikit kuahnya kerana lbh sesuai dgn resepi nasi minyak trg  :)  ).. sederhanakan api... kacau bagi ayam rata dengan rempah2 dan biarkan seketika.  Apabila seperti dah pecah minyak dan pekat baru masukkan sedikit air bergantung kepekatan yg anda suka

Bolehlah dihidang panas bersama nasi atau roti nan/roti canai pun sedap!

Selamat mencuba ya

Puff Tuna mayonis guna roti paratha

Puff Tuna Mayonis - Siri ke 2

Assalamualaikum

Pagi ni Mama buat sekali lagi puff tuna ni atas permintaan anak2 mama, tapi kalut sungguh le, ada masa  cuma  35 minit lagi nak pergi ke sekolah, menu lain utk sarapan dah siap sebenarnya tapi  diorg taknak., uhukkk....!!. nak seperti yg semalam jugak, pikir2... nak ke bakar dah le 20 minit., camne ni??.. ahhh buat jer la.. kan dok lam class nanti moody plak... terussss godeng22 sempat le siappp... Syahmi plak 3.4 biji sekali bawak bekal... suka sungguh, katanya ni Syahmi yg ajar mama buat semalam.. hekk.. ellehh ngada2 nye hero mama ni... :) nak bawak kat sekolah tu nak tayang kat kawan2 le tu hasil Syahmi yg buat tu kot... hihi kelakar le diorg ni.

 gambar telur sebiji lupa nak ambik gambar sekali... hehe

Tak cantik hasil dari nak cepat punya pasal...

Trifle buah kek coklat

Resepi Trifle buah

Jam 3.30  ptg dok kemas2 nak balik Kampung hubby, Besut malam ni lepas Shafik blk tuition jm 9.30 mlm. MAma tak suka sgt jalan malam2 ni benarnya...sebab risau hubby kite mengantuk time drive nanti, yelaa.. perjalanan jauh... 4 jam nak sampai.. kalau banyak kali berhenti maunya hampir 5 jam... agaknya malam ni sampai le kul 2 pagi kot. mama pun tak berani nak tidur kalau sepanjang lam kereta tu dok teman perhatikan jalan jer dan borak2 kosong.. time hubby tak sedar bawak laju2 blh tegur.. sebagai peneman!.. hubby cakap kalau risau abangg bawak.. yank le yg bawah, elehh mentang2 tau mama takut drive mlm2 nak kasi plak, kalau siang hari jgn harap nk tukar2 drive.. alasannya seram  kalau mama drive.. sampai dari rasa mengantuk nk tidur giler2 pun jadi terang balik matanya! ehmmmm... :(..  ok hari ni mama nak berikan resepi triffle buah mama yg mama baru buat tadi.. ada sikit kek coklat.. dok pikir aku nk buat apa dgn kek ni.. intai lam almari terpikir buat triffle le boleh bawak blk kpg malam ni.. ok jom layangggg....

Purff sardin semudah ABC

resepi puff sardin

Lepas hantar Syafik tusyen 8 malam, siap makan malam semua... ada le sikit sardin balance, teringat ari tu singgah  Mat Gebu punya blog terpandang resepi puff nya, aaaa!!.. terus ada idea, bukak peti ais kluarkan puff patry dan cheese, dan hancurkan balance sardin tadi.  Mama masih teringat lagi camne cara2 nak bentukkannya seperti yg ditunjuk ajar dari blog Mat Gebu. 

Special dari dapur mamaLUV - Roti Pizza

Sarapan Roti Pizza di dapur

Assalamualaikum
Bangun awal sebelum subuh kluarkan saussege dan cheese utk buat roti pizza jer utk sarapan pagi anak sekolah, sementara lembutkan saussge mama siapkan apa2 yg patut... & mandikan Basma.  Basma pula alahaai susah btul nak bangun pagi kalau time hari sekolah, kalau weekend tu tau pula boleh bangun pagi2 buta.. eiii geram sungguh mama dengan pelbagai karenah anak2 cilik mama ni... macam2 hal yg diorg buat utk sajer nak tarikkan perhatian... ok takpe lupakan tentang cerita anak2... so apa kata kita tgk cebisan gambar yg tak cantik ini.. pizza ala2 simple utk makan pagi....

Nasi Minyak Terengganu kegemaran ramai

Nasi minyak Terengganu

Alhamdulliah.. hampir 1 jam kt dapur akhirnya siap sudah nasi minyak terjun trg... simple & yummi.. sedap! sesiapa nak cuba nasi minyak trg.. cubalah buat sekali, baru bleh tau camne rupa nasi minyak trg sedap ke tidak.. hehe...

Ikan Tongkol masak berkicap pedas

Ikan tongkol berkicap pedas

Assalamualaikum
Hari ni mama rasa cam takde moodd jer, cuaca lak panas tetiba... sebelum ni dok hujan je, perubahan cuaca dan udara yg bertukar mendadak kot menyebabkan anak-anak pun seperti badan tak sihat.. kurang selera makan dan berpeluh jer.  Tapi InsyaAllah.. esok lusa ok le kot.. Hujan dan panas itu kan adalah rahmat Allah... seperti kata Dr Fadzillah Kamsah.. jangan berkata hari ni cuaca buruk dengan hujan yang tidak berhenti2, hujan itu  kan rahmat yg di turunkan olehNya, kalau terkena kemarau memanjang masih nak kata hujan buruk lagi ker???.... kata la yg hujan hari ni tidak berhenti2.. dah.. takyah nak sebut2 BURUK.  :)

Puding Karamel kegemaran Isya

Puding Karamel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda buat kueh apa ya utk makan petang nanti?, kalau tengok blog2  memasak kan.. memang best giler.. kelabu mata di buatnya.. spt semuanya mama rasa nak buat!..  Tapi puding ini mama dah selalu buat sekian lama dari zaman2 anak dara lagi... hehe.  Okay kalau nak cuba buat puding karamel jom kita lihat bahan2 dan cara membuatnya... mudah semudah memakannya... :)

Lasagnia kegemaran seisi keluarga

Resepi Lasagnia

Assalamualaikum wbrkt




 

Apa khabar semua pembaca mama, aduhai.. lamenye tak update blog.. uhukk22.. sedey, ni le dok asyik menumpukan dengan kewujudan mamaLUV.Villa... sampai tak sempat tangan nak update, apa lagi dgn line intenet kat sini memang di luar kesabaran. mama punya modem plak meletup xtau kenapa, so byk bergantung pada wireles dalam quartes ni. Hari ni kira hari yang menyeronokkan.. yeaaa... mmg seronok! hubby dah belikan modem baru... so takde lagi intnt problem pah ni.. InsyaAllah.  ok cakap panjang plak.. jom kita layangi gambar dan cara2 nak membuatnya pula...

Thursday, November 10, 2011

Laksa Kuah Putih (Laksa Terengganu)

Menu hari ini Laksa Terengganu Laksa kuah putih

Assalamualaikum wbt..
Jam 5.30 pagi bangun tidur, spt biasa le kemas2 rumah... solat subuh  & sambung lagi   dengan kerja rutin harian spt masak utk sarapan pagi dan kejutkan anak ke Sekolah. Waktu pagi anak2 lebih suka makan simple jer iaitu roti bakar di sapu margerin dan sekaya/madu.  Kdg2 sekeping roti & sausegge dah ok.  Ank2 mama tak suka mkn berat2  sebab nk cepat... kalau tak sempat masa blh sambung mkn dlm kereta jer kalau setakat roti tu :)

Apa menu tengahari ni? Rasa nak makan laksa kuah putih jer. Laksa kuah putih atau laksa Terengganu kegemaran Batrisya anak bongsu mama. 

Lihat cara2 nak buat kuah lemak putih just klik DISINI yaa


 Laksan


Makaroni Bakar

Resepi Makaroni Bakar

Assalamualaikum w.b.r.t.h


 Untuk resepi ni kawan-kawan boleh rujuk di resepi lasagnia, cuma untuk makaroni ni mama limpahkan  inti daging tu dengan hirisan kecil isi udang, sotong yg di rebus sekejap sahaja utk hilangkan airnya, dan isi ketam.  Pasta lasagnia tu digantikan dengan makaroni sekiranya takde pasta lasagnia le.. ;),

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...